Monday, July 25, 2011

GOTONG ROYONG SAMBUT KEDATANGAN RAMADAN 2011

Program gotong royong menyambut kedatangan bulan Ramadan diadakan pada 24 julai 2011 sangat meriah dengan kehadiran ahli-ahli kariah yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama membersihan persekitara surau luar dan dalam. Aktiviti bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga tengah hari membuktikan kepada kita betapa sayangnya ahli kariah taman saga tersurau at-taqwa. 

                                            original hand write... tangan siapa ni ye?

Promosi dipamerkan pada papan kenyataan surau sejak beberapa hari sebelum aktiviti bermula. Walaupun promosi begitu ringkas namun kepekaan jemaah dengan rasa penuh tangungjawab maka hebahan kepada mereka yang tidak membaca makluman ini tetap disampaikan. 

                 Ini dia taiko surau sedang bersiap sedia untuk berkhidmat.. 
Jangan kacau nanti meletup

Inilah antara mereka yang hadir seawal 9.00 pagi sudah bersiap sedia untuk memulakan aktiviti. Yang pakai baju merah tu antara tonggak untuk aktiviti ini. Ketiadaan beliau sedikit tergugat aktiviti pada hari tersebut. 

Itu siapa?

Dari kejauhan kelihatan seorang lelaki menghadap hutan berbukit di sebelah sana. Juga merupakan ahli surau yang sedang menebas dan membersihkan semak samun yang boleh mengganggu jemaah untuk solat terawih nanti. Tanpa mempedulikan orang lain, terus melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. Kalau mahu kenal siapakah dia sebenarnya cuba lihat gambar di bawah ini:

Minum dulu untuk tambah tenaga

Hanya Allah Taala sahaja dapat membalas segala usaha tuan puan. Apa pun kiranya kita semua melakukan dengan penuh keikhlasan dan taabud kepada Allah Taala, ganjarannya akan kita rasainya di negeri sana kelak dengan penuh kebahagiaan dan kenikmatan. 

 Che Min pun boleh tahan siap pakai sarung tangan lagi

   
Jaga-jaga pinggang tu! jangan ingat muda lagi

 
Tengok! Betapa kuatnya mereka tidak mengenal erti penat lelah

 Bincang apa tu? Agaknya berkaitan pembinaan pagar surau kot

   
Jet air turut digunakan untuk membersihkan longkang

 
Tandas pun tak terkecuali untuk dibersihkan walaupun tiap-tiap hari membersihkannya. Tabik tuan!

 Jemaah Tabligh yang menumpang bermalam di surau ini turut menyertai aktiviti gotong royong

Saudara Badrol Muhayat (artis) dari kumpulan Jemaah tabligh juga sama-sama bergotong royong

Bilik PA Sistem surau sedang dibersihkan oleh pak bilal dan pak lebai surau

Imam Hashim sedang menikmati juadah yang disediakan setelah penat melakukan kerja


Inilah antara beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti gotong royong surau pada hari tersebut. Semoga semua yang hadir mendapat keampunan Allah Taala dan beroleh barokah sepanjang masa selagi kawasan-kawasan surau yang dibersihkan sentiasa terguna dari masa ke semasa..

Amin... sekian wassalam.