Saturday, February 26, 2011

Candid Maulidur Rasul 2011

Antara ragam-ragam spontan yang dilakonkan secara sengaja dan tidak sengaja oleh penduduk Taman Saga....
Kita saksikan......

SI Khamis dan En. Azizi sudah bersedia untuk memulakan perarakan


wajah bersemangat ke wajah sugul ni?

Sapa smart tu... tp sayang lagu yang dibawa mendayu sgt. Lepas kena pakai cd la pulak

Yang tengah tu adalah jurugambar pada majlis baru-baru ni

Incharge kita ni bila dapat makan tak kabar ingat selalu. Baca doa ko dok tok tahu


Terima kasih diucapkan kepada anggota polis terutama SI Khamis kerana turut membantu bagi menjayakan program ini.







Friday, February 25, 2011

Pencermah Jemputan : Ustaz Farid bin Hashim

Alhamdulillah, syukur program boleh dikatakan berjaya dilaksanakan dengan baik. Penyertaan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Tajaan makanan daripada individu juga sangat menggalakkan dengan 2 peha lembu dan 50 ekor ayam golek, Manakala lain-lain hidangan adalah dari tabung surau yang disumbang oleh sebahagian besar ahli kariah Taman Saga.. Mudah-mudahan Allah memberkati dan melimpahkan rezeki yang tak terhingga.... insyaAllah.

Ustaz Farid dua dari kanan berbual mesra dengan dhif-dhif jemputan. Turut bersama pengerusi surau Tn. Hj. Ismail bin Musa dan Nazir Masjid Tn. Hj. Kamil


 
Ustaz Farid sedang menyampaikan ceramah beliau


Antara sebahagian jemaah lelaki yang khusyuk mendengar ceramah beliau


Sebahagian jemaah wanita ketika ceramah  berlangsung

Sunday, February 20, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2011 TAMAN SAGA

Lebih kurang jam 9.50 pagi perarakan bermula dari bangunan kedai jalan saga 29 menuju ke surau begitu meriah. Kehadiran ahli kariah mula membanjiri pekarangan bangunan itu sejak dari pukul sembilan lagi malah ada yang sampai sebelum itu. Penyertaan anak-anak kecil dan remaja juga sangat menggalakkan dengan berpakaian serba cantik dan beraneka ragam, alhamdulillah. Penyertaan perarakan yang mencecah lebih 300 orang bergerak sambil diiringan sebuah motor peronda (POL MAS , en. Kamis)  memeriahkan lagi suasana.


               En. Azizi (kiri) adalah speakerman pada pagi ini
                  En. Kamis (kanan) segak bersama motornya


Perarakan bermula tp sayang lagu yang di bawa mendayu-dayu tidak
rancak... kali pertama biasa laa... Tn Hj. Ismail (Pengerusi) bersema-
ngat membuka langkah




















Melalui hadapan kedai bawah hadapan jln saga 8





















Kanak-kanak tidak terkecuali menyertai perarakan tersebut






















Antara jemaah muslimat dalam perarakan tersebut



























Jalan dipenuhi peserta perarakan... sungguh meriah






Monday, February 7, 2011

Hadis Maudhu' (palsu) ketika di perkuburan

Ibnu as-Sinni meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a kata {yang bermaksud):

"Adalah Rasulullah s.a.w apabila beliau melalui perkuburan beliau berkata
السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمؤمنات والصالحين والصالحات وإنا إنشاء الله بكم لاحقون

Kata al-Albani : hadith ini adalah maudhu'

(Sumber : Drs Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris. Himpunan Hadith-Hadith Dha'if dan Maudhu',(jld 2) bab 6 (Mengenai Doa, Zikir, Istighfar dan Selawat) ms335.

Hadis Maudhu' (palsu) mengenai wudhu'

Al-Baihaqi meriwayatkan dari A'isyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Bahawasanya Allah benci kepada orang pengotor dan orang yang kusut masai rambutnya."

Kata al-Albani : Hadith ini adalah maudhu'


sumber: Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu', bab 14(Mengenai Taharah dan Wudhu') ms861